Al-Quran
adalah satu mukjizat yang besar yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad
S.A.W seterusnya disampaikan pula kepada umat Baginda. Al-Quran diturunkan pada
bulan Ramadhan dan memberi petunjuk kepada Umat manusia. Sebagaimana Firman
Allah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْ أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَمِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya
:
" Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah "
( Surah Al Baqarah : 185 )
( Surah Al Baqarah : 185 )
Pada bulan Ramadhan yang mulia ini , Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan telah
mengadakan tadarus Al-Quran. Majlis ini telah disertai oleh Tuan Hakim,
kakitangan MRSTI serta pelajar-pelajar praktikal. Walaupun sibuk dengan kerja
sedia ada namun majlis tetap berlangsung dengan jayanya. Majlis Tadarus ini
bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi.
Tujuannya
adalah untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran, mendidik jiwa sentiasa membaca
Al-Quran, memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramdhan yang mulia ini, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim. Bukan
itu sahaja, ianya dapat membantu meningkatkan bacaan Al-Quran kami semua.
saudara fauzi ( berbaju biru) memperdengarkan bacaanya. |
Semoga
ibadah dan amalan yang soleh ini diterima oleh Allah dan semoga program seumpama ini
dapat diteruskan pada bulan Ramadhan tahun hadapan.
Selamat
meneruskan Ibadah di bulan yang mulia ini.
RAMADHAN KAREEM…………….
No comments:
Post a Comment