Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan limpah kurnianya kita dapat bersama - sama hadir di dalam Persidangan Pendaftar kali Pertama yang diadakan di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.Program ini di anjurkan Oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Syabas dan Tahniah di ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dan telah berusaha bagi menjayakan Persidangan Pendaftar bagi tahun 2010 seperti yang dirancang dan lebih bermakna lagi apabila Persidangan kali ini turut menjemput wakil-wakil dari setiap negeri yang mampu mencernakan idea-idea bernas demi mencapai Objektif dan Tema Persidangan.
Beberapa kertas kerja telah di bentangkan dan sesi perkongsian ilmu serta pengalaman dan juga aktiviti perlawanan persahabatan (sukaneka) antara pendaftar-pendaftar negeri- negeri juga turut di jalan kan. Secara tidak langsung Persidangan Pendaftar ini juga turut dapat mengeratkan Tali Silaturrahim di antara semua pendaftar Mahkamah Syariah seluruh negeri dan juga mendapat pengetahuan yang berguna dan input yang baru bagi mengorak langkah ke hadapan ke arah pelan tindakan masing-masing.
Institusi Kehakiman Syariah adalah agen pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Justeru, peranan Pendaftar adalah amat penting dan sesuai dengan Tema yang di pilih Pada kali ini, iaitu Ke Arah Memperkasakan Pendaftar Mahkamah Syariah. Pendaftar Mahkamah Syariah juga berhadapan dengan masalah rumahtangga, isu perkahwinan, perceraian, gejala sosial dan sebagai nya yang memerlukan kepada tindakan segera. Oleh itu di harap agar komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap usaha ini agar cita-cita menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah yang disegani dan berwibawa di Malaysia dapat direalisasikan.
PERSIDANGAN PENDAFTAR MAHMKAMAH SYARIAH
KETIKA SESI PENDAFTARAN MASUK AHLI PERSIDANGAN
MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM
SEPANJANG PERSIDANGAN BERLANGSUNG
PERLAWANAN BOLA TAMPAR PANTAI DI ANTARA PENDAFTAR
AHLI PERSIDANGAN PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH
No comments:
Post a Comment