Saturday, December 4, 2010

KURSUS MOTIVASI

         Pada 30 November hingga 2 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung satu Kursus Motivasi yang di Anjurkan Oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.Program ini Telah diadakan di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu, Gerik Perak Darul Ridzuan. Seramai 36 orang Kakitangan Mahkamah Syariah Perak telah Menghadiri Kursus Motivasi ini.

         Pelbagai Aktiviti yang telah di jalankan sepanjang Program ini berlangsung, dan banyak pengajaran dan tunjuk ajar yang berkesan telah di sampaikan. Antara Objektif Sebenar Program ini di adakan adalah :

1.     Dapat Membentuk kelakuan Ke arah Perilaku yang Positif dalam Organisasi.

2.     Memahami Peranan Sebagai Penjawat Awam Serta Mengaplikasi Prinsip dan teori motivasi dalam Tugas   Harian.

3.     Memahami dan Mengamal kan Budaya Kerja Berpasukan sebagai satu Kaedah Meningkat kan Motivasi.

        Program ini juga telah di rasmi kan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Perak iaitu Dato' Haji Abdul Aziz Bin Mohd Yusof.

PENCERAMAH :

1.     Tn. Haji Azhar Bin Omar
        Institut Tadbiran Awam Negara
        Kampus Wilayah Utara
        Sungai Petani, Kedah.

2.     Pn. Rosilah Bt. Puteh
        Institut Tadbiran Awam Negara 
        Kampus Wilayah Utara
        Sungai Petani, Kedah.

No comments:

Post a Comment