Thursday, October 14, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)



              Pada 8 Oktober bersamaan 29 Syawal 1421 Hijriah bertempat di Dewan Banquet Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah  berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

          Majlis ini telah dihadiri oleh Hakim-hakim Mahkamah Syariah Perak dan kakitangan jabatan dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Kapten (B) Dato Haji Najamuddin Bin Elias Al-Hafiz sebagai Penasihat Ehwal Agama kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak.

          Disamping itu juga majlis dibuat bersempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.Di dalam  majlis itu juga digerakkan tabung derma kepada salah seorang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Perak  yang menghidap kanser usus.  



HAKIM MAHKAMAH RENDAH

 
PENYAMPAIAN SIJIL ISO TAHUN 2010 HINGGA 2013 UNTUK SETIAP MAHKAMAH

No comments:

Post a Comment