Alhamdulillah
kita sudah berjaya menempuh pelbagai ujian di dalam bulan Ramdhan. Wajib ke
atas umat Islam untuk menyambut Syawal dengan gembira. Pelbagai amalan-amalan
sunat yang dianjurkan oleh Islam untuk diamalkan oleh kita semua. Antaranya
ialah Solat Sunat Hari Raya AidilFitri, bertakbir memuji-muji Allah, Berselawat
ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Bukan itu sahaja Dalam Bulan
Syawal inilah Umat Islam sebuk menziarahi sanak saudara, jiran tetangga untuk
memohon kemaafan.
Pada 30
julai 2014 bersamaan 3 syawal 1435H Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan mula
beroperasi seperti biasa. Pihak MRSTI juga menyambut hari Raya bersama- sama
kakitangan dan juga pelajar-pelajar praktikal dengan sederhana dengan
mengadakan Majlis Sambutan Hari raya.
Bermula pada
jam 9.00 pagi, kami bergotong royong menyediakan makanan.
bergambar sementara menunggu hadirin |
antara juadah yang di hidangkan |
kata-kata aluan oleh saudara fauzi(berbaju merah). |
Pada jam
11.00 pagi kami berkumpul untuk membuat sedikit bacaan tahlil khusus untuk Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluargaNya, sahabat-sahabatNya serta seluruh umat
Islam. Bacaan tahlil ini juga dikhususkan untuk seorang kakitangan Jabatan
Kehakiman Syariah Perak iaitu Almarhum Zulkifli Bin Zin yang telah kembali ke
Rahmatullah baru-baru ini. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam
kalangan orang-orang yang beriman.
saudara fauzi mengetuai bacaan tahlil. |
sebahagian hadirin muslimat yang hadir. |
sebahagiaan muslimin mengaminkan doa yang di bacakan. |
Setelah
selesai membaca tahlil, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya Eidul Fitri.
Majlis
berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Di
kesempatan ini juga, kami warga Mahkamah rendah Syariah Teluk Intan ingin
mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh umat islam.
Maaf zahir
dan batin. Semoga Allah menerima amalan kita pada bulan ramadhan.
Taqabbalallahu
minna waminkum…
Kullu aam wa
antum bikhoir…
EID MUBARAK :)