Monday, December 13, 2010

JAMUAN MAKAN MALAM MRSTI.

Melati Kuntum Tumbuh Melata,
Sayang Merbah Di Pohon Cemara,
Assalamualaikum Mula nya Kata,
Saya Sembah Pembuka Bicara.

           Pada Tarikh 09hb Disember 2010 Bersamaan  yang lalu, Telah berlangsung nya Satu Majlis Makan Malam bagi Meraikan Persaraan 2 Orang Kakitangan Mahkamah Syariah Teluk Intan Yang Mana Selama ini Telah Banyak Menyumbang Bakti Yang Tidak Terhingga Bagi Kami Di Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan & Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Mereka yang Di raikan Adalah Y.A.A Tuan Abdul Halim Azizi Bin Haji Abdul Rahman & Koperal Zulkifli Bin Sabudin. Majlis ini Diadakan Di Restoran Sutera Indah, Teluk Intan, dan Telah Di hadiri Oleh Semua Kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan.

ATURCARA MAJLIS

8.00 Malam     -   Ketibaan Semua Kakitangan MRSTI & Tetamu Yang Di Rai.
8.30 Malam     -   Ucapan Pengerusi Majlis.
8.45 Malam     -   Ucapan Wakil Kakitangan MRSTI
                            ( Tuan Hairuddin Nizam Bin Kamaruddin )
9.00 Malam     -   Ucapan Y.A.A Tuan Abdul Halim Azizi Bin Hj. Abdul Rahman.
9.15 Malam     -   Ucapan Koperal Zulkifli Bin Shabudin
9.30 Malam     -   Penyampaian Cenderahati Kepada Tetamu Yang Di Rai.
9.45 Malam     -   Jamuan Makan.
10.30 Malam   -   Sessi Fotografi.
1045 Malam    -   Majlis Bersurai.


RESTORAN SUTERA INDAH


KETIBAAN TETAMU YANG DI RAI


SEBELUM MAJLIS BERMULA


PENGERUSI MAJLIS


UCAPAN WAKIL KAKITANGAN MRSTI
( TUAN HAIRUDDIN NIZAM BIN KAMARUDDIN )


UCAPAN TETAMU YANG DI RAI


PENYAMPAIAN CENDERAHATI


SESI PEMOTONGAN KEK SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN.


GAMBAR KAKITANGAN MRSTI

Saturday, December 4, 2010

KURSUS MOTIVASI

         Pada 30 November hingga 2 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung satu Kursus Motivasi yang di Anjurkan Oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.Program ini Telah diadakan di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu, Gerik Perak Darul Ridzuan. Seramai 36 orang Kakitangan Mahkamah Syariah Perak telah Menghadiri Kursus Motivasi ini.

         Pelbagai Aktiviti yang telah di jalankan sepanjang Program ini berlangsung, dan banyak pengajaran dan tunjuk ajar yang berkesan telah di sampaikan. Antara Objektif Sebenar Program ini di adakan adalah :

1.     Dapat Membentuk kelakuan Ke arah Perilaku yang Positif dalam Organisasi.

2.     Memahami Peranan Sebagai Penjawat Awam Serta Mengaplikasi Prinsip dan teori motivasi dalam Tugas   Harian.

3.     Memahami dan Mengamal kan Budaya Kerja Berpasukan sebagai satu Kaedah Meningkat kan Motivasi.

        Program ini juga telah di rasmi kan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Perak iaitu Dato' Haji Abdul Aziz Bin Mohd Yusof.

PENCERAMAH :

1.     Tn. Haji Azhar Bin Omar
        Institut Tadbiran Awam Negara
        Kampus Wilayah Utara
        Sungai Petani, Kedah.

2.     Pn. Rosilah Bt. Puteh
        Institut Tadbiran Awam Negara 
        Kampus Wilayah Utara
        Sungai Petani, Kedah.

Wednesday, November 10, 2010

PERSIDANGAN PENDAFTAR KALI PERTAMA

           Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan limpah kurnianya kita dapat bersama - sama hadir di dalam Persidangan Pendaftar kali Pertama yang diadakan di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.Program ini di anjurkan Oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Syabas dan Tahniah di ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dan telah berusaha bagi menjayakan Persidangan Pendaftar bagi tahun 2010 seperti yang dirancang dan lebih bermakna lagi apabila Persidangan kali ini turut menjemput wakil-wakil dari setiap negeri yang mampu mencernakan idea-idea bernas demi mencapai Objektif dan Tema Persidangan.

          Beberapa kertas kerja telah di bentangkan dan sesi perkongsian ilmu serta pengalaman dan juga aktiviti perlawanan persahabatan (sukaneka) antara pendaftar-pendaftar negeri- negeri juga turut di jalan kan. Secara tidak langsung Persidangan Pendaftar ini juga turut dapat mengeratkan Tali Silaturrahim di antara semua pendaftar Mahkamah Syariah seluruh negeri dan juga mendapat pengetahuan yang berguna dan input yang baru bagi mengorak langkah ke hadapan ke arah pelan tindakan masing-masing.

         Institusi Kehakiman Syariah adalah agen pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Justeru, peranan Pendaftar adalah amat penting dan sesuai dengan Tema yang di pilih Pada kali ini, iaitu Ke Arah Memperkasakan Pendaftar Mahkamah Syariah. Pendaftar Mahkamah Syariah juga berhadapan dengan masalah rumahtangga, isu perkahwinan, perceraian, gejala sosial dan sebagai nya yang memerlukan kepada tindakan segera. Oleh itu di harap agar komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap usaha ini agar cita-cita menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah yang disegani dan berwibawa di Malaysia dapat direalisasikan.


 PERSIDANGAN PENDAFTAR MAHMKAMAH SYARIAH



KETIKA SESI PENDAFTARAN MASUK AHLI PERSIDANGAN


MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM


SEPANJANG PERSIDANGAN BERLANGSUNG


 PERLAWANAN BOLA TAMPAR PANTAI DI ANTARA PENDAFTAR


 AHLI PERSIDANGAN PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH


Wednesday, October 20, 2010

KURSUS MOTIVASI DAN PENGUKUHAN JABATAN DI BTN ULU KENAS, PERAK

              


              Pada 15 hingga 17 Oktober 2010 berlangsung nya satu Kursus Motivasi & Pengukuhan Jabatan yang di adakan si BTN Ulu Kenas. Kursus ini telah dihadiri seramai 64 orang kakiktangan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, yang terdiri daripada 21 orang Perempuan & 43 orang Lelaki.

              Terdapat banyak Kebaikan & Pengajaran yang boleh di peroleh sepanjang Kursus ini berlangsung, di antara nya adalah :

i.   Memberi semangat kerjasama di antara semua Kakitangan Mahkamah Syariah Perak.
ii.  Meningkatkan Sifat Daya saing supaya menjadi lebih berjaya dan lebih maju untuk masa hadapan.
iii. Menambahkan ilmu Pengetahuan.
iv. Melahirkan sifat berani dan tidak mudah gentar dalam setiap orang peserta.
v.  lain - lain.

             Kesimpulan nya Kursus ini memberi banyak input yang berguna kepada semua Kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Perak, dan Boleh di teruskan untuk masa yang akan datang.


Sunday, October 17, 2010

Bidangkuasa dan Prosedur Jenayah.



BIDANGKUASA JENAYAH
KOD
JENIS KES
101
Rayuan
102
Permohonan Kebenaran Melayu
103
Semakan
104
Pemujaan Salah
105
Mendakwa Bukan Islam
106
Takfir
107
Doktrin Palsu
108
Dakwaan Palsu
109
Menyebarkan Pendapat Bertentangan Fatwa
110
Mengingkari perintah Mahkamah
111
Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak
112
Sumbang Mahram
113
Muncikari
114
Persediaan Bersetubuh Luar Nikah
115
Hubungan Jenis Sesama Jantina
116
Persetubuhan Dengan Hukum Tabi’i
117
Memujuk Lari Perempuan Bersuami
118
Menghasut suami isteri Supaya Bercerai
119
Menjual dan Memberikan Anak Kepada Bukan Islam
120
Qazaf
121
Liwat
122
Musahaqah
123
Mendirikan Masjid/Surau Tanpa Kenbenaran
124
Memujuk Lari Orang Perempuan
125
Pecah Amanah
126
Pecah Rahsia
127
Pegawai Mengingkari Arahan Indang-Undang Dengan Niat Hendak
Menyebabkan Bencana Kepada Mana-Mana Orang.
128
Tidak Mengemukakan Dokumen Kepada Pegawai Agama Di Sisi Undang-Undang Syarak

129

Enggan Mengangkat Sumpah Yang Dikehendaki Oleh Pegawai Agama
130
Enggan Menjawab Soalan Pegawai Agama Yang Diberi Kuasa
131
Sengaja Menghina Dan Menggangu Pegawai Agama yang Sedang
Bersidang Dalam Prosiding Mahkamah
132
Menggalakkan Maksiat
133
Mempersendakan Ayat Al-Quran
134
Menghina Agama Islam
135
Memusnahkan/Mencemarkan Tempat Beribadat
136
Menghina Pihak Berkuasa Agama
137
Mengajar Tanpa Tauliah
138
Berjudi
139
Minuman yang Memabukkan
140
Tidak Membayar Zakat Fitrah
141
Pelacuran
142
Bersetubuh Luar Nikah
143
Khalwat
144
Menghalang Suami Isteri Hidup Bersama
145
Pemungutan Zakat/Fitrah Tanpa Diberikuasa
146
Penyalahgunaan Tanda Halal
147
Subahat
148
Ganguan Terhadap Perkahwinan
149
Akuan Palsu Untuk Berkahwin
150
Tidak Memberikan Keadilan Sewajarnya Kepada Isteri
151
Murtad Untuk Membatalkan Nikah
152
Menghasut Supaya Mengabai Kewajipan Agama
153
Percubaan Melakukan Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Syarak
154
Kesalahan Yang Tidak Ditentukan Hukuman Berkaitan Undang-Undang,Kaedah dan Peratutan Pentadbiran Undang-Undang.
155
Penghinaan Mahkamah
156
Permohonan Jenayah Pelbagai
157
Tidak Menghormati Ramdhan
158
Tidak Solat Jumaat
159
Lelaki Berlagak Perempuan
160
Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam
161
Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar NCR
162
Penyelenggaran Buku Negeri Perakuan Nikah Tak Legal/ Tak Mengikut Undang-Undang
163
Mengakad Nikah Tanpa Kuasa yang Sah
164
Kesalahan Berhubung Akad Nikah
165
Berkahwin Bersalahan Dengan Bahagian Dua Undang-Undang Keluarga Islam
166
Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah
167
Perceraian Tanpa Kebenaran Mahkamah
168
Tidak Membuat Laporan Berkaitan Undang-Undang Islam
169
Meninggal lansung ister
170
Menganiaya Isteri
171
Isteri Tidak Menurut Perintah
172
Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang-Orang Bercerai
173
Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Tidak Mematuhi perintah Di Bawah Undang-Undang Islam
174
Rujuk Tanpa Kebenaran Isteri
175
Tidak Melaporkan Rujuk
176
Persetubuhan Dalam Tempoh Eddah Rajie
177
Memungut Kahirat Tanpa Kebenarn
178
Memberi Maklumat/Keterangan Palsu Kepada Pendaftar Mualaf
179
Menceroboh Atau Menduduki Secara Halal Haram Harta Wakaf/Harta Majlis.
180
Hamil Luar Nikah
181
Membuat dan Menjual Minuman Yang Memabukkan
182
Tidak Menghiraukan Titah Perintah Mengenai Awal Ramdhan Dan Dua Hari Raya
183
Bertindak Salah Sebagai Imam Khatib atau Bilal Dalam Solat Jumaat
184
Memberi Syarahan Dalam Masjid Tanpa Kebenaran
185
Kesalahan yang berkaitan Dengan Baitulmal
186
Enggan Mentandatangani Penyataan
187
Beramal Sebagai Peguam Syarie Tanpa Kuliah
199
Lain-lain