Wednesday, July 30, 2014

JAMUAN HARI RAYA


Alhamdulillah kita sudah berjaya menempuh pelbagai ujian di dalam bulan Ramdhan. Wajib ke atas umat Islam untuk menyambut Syawal dengan gembira. Pelbagai amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam untuk diamalkan oleh kita semua. Antaranya ialah Solat Sunat Hari Raya AidilFitri, bertakbir memuji-muji Allah, Berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Bukan itu sahaja Dalam Bulan Syawal inilah Umat Islam sebuk menziarahi sanak saudara, jiran tetangga untuk memohon kemaafan.

Pada 30 julai 2014 bersamaan 3 syawal 1435H Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan mula beroperasi seperti biasa. Pihak MRSTI juga menyambut hari Raya bersama- sama kakitangan dan juga pelajar-pelajar praktikal dengan sederhana dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari raya.

Bermula pada jam 9.00 pagi, kami bergotong royong menyediakan makanan.

bergambar sementara menunggu hadirin

antara juadah yang di hidangkan

kata-kata aluan oleh saudara fauzi(berbaju merah). 

Pada jam 11.00 pagi kami berkumpul untuk membuat sedikit bacaan tahlil khusus untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluargaNya, sahabat-sahabatNya serta seluruh umat Islam. Bacaan tahlil ini juga dikhususkan untuk seorang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Perak iaitu Almarhum Zulkifli Bin Zin yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

saudara fauzi mengetuai bacaan tahlil.

sebahagian hadirin muslimat yang hadir.

sebahagiaan muslimin mengaminkan doa yang di bacakan. 

Setelah selesai membaca tahlil, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya Eidul Fitri.
Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.







Di kesempatan ini juga, kami warga Mahkamah rendah Syariah Teluk Intan ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh umat islam.
Maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan kita pada bulan ramadhan.
Taqabbalallahu minna waminkum…
Kullu aam wa antum bikhoir…

EID MUBARAK :)




MAJLIS TADARUS AL-QURAN WARGA MRSTI



Al-Quran adalah satu mukjizat yang besar yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad S.A.W seterusnya disampaikan pula kepada umat Baginda. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dan memberi petunjuk kepada Umat manusia. Sebagaimana Firman Allah :


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْ أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَمِنْكُمُ الشَّهْرَ  فَلْيَصُمْهُ 


Maksudnya :  

" Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah "
                                                                                                                     ( Surah Al Baqarah : 185 )

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini , Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan telah mengadakan tadarus Al-Quran. Majlis ini telah disertai oleh Tuan Hakim, kakitangan MRSTI serta pelajar-pelajar praktikal. Walaupun sibuk dengan kerja sedia ada namun majlis tetap berlangsung dengan jayanya. Majlis Tadarus ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi.

Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran, mendidik jiwa sentiasa membaca Al-Quran, memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramdhan yang mulia ini, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim. Bukan itu sahaja, ianya dapat membantu meningkatkan bacaan Al-Quran kami semua.

 
masing-masing khusyuk menyemak bacaan yang di baca oleh saudara afiq (berbaju ungu)

saudara fauzi ( berbaju biru) memperdengarkan bacaanya.





Semoga ibadah dan amalan yang soleh ini diterima oleh Allah dan semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada bulan Ramadhan tahun hadapan.
Selamat meneruskan Ibadah di bulan yang mulia ini.

RAMADHAN KAREEM…………….

Tuesday, July 15, 2014

IFTAR JAMAI'E MAHABBAH 2014

TARIKH  : 9 JULAI 2014
TEMPAT : MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TELUK INTAN

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda :


إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ


Bermaksud: Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup  pintu-pintu neraka jahanam dan dibelenggu syaitan-syaitan.

Saban tahun apabila tibanya bulan Ramadhan,  pihak Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan mengadakan majlis berbuka puasa. Pada kali ini, MRS Teluk Intan tampil dengan kelainannya yang tersendiri iaitu dengan menjemput  kakitangan MRS Seri Iskandar dan menggunakan konsep mahabbah dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik bagi memupuk kasih sayang yang erat diantara kakitangan MRS Teluk Intan dan MRS Seri Iskandar. Selain itu, ianya memupuk semangat bekerjasama dan tolong- menolong dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.

Majlis bermula pada jam 6 petang sehingga 9 malam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bergotong royong dalam menyediakan juadah berbuka puasa,Tazkirah Ramadhan, Bacaan Tahlil dan lain-lain lagi.

Wajah-wajah ceria menyiapkan juadah berbuka puasa

Sebahagian tetamu Muslimat

Sebahagian tetamu Muslimat 

Sebahagian tetamu Muslimin
Ucapan Alu-Aluan Tuan Mohd Hairuddin

Bacaan Tahlil

Sebahagian kakitangan MRS Seri Iskandar

Jamuan Berbuka Puasa

Selepas menikmati jamuan berbuka puasa dan solat Maghrib berjamaah, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada bekas pelajar Latihan Industri bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada MRS Teluk Intan. Terima kasih kami ucapkan dan semoga terus maju dalam hidup.










Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Hairuddin Nizam bin Kamaruddin, Kakitangan MRS Teluk Intan dan Kakitangan MRS Seri Iskandar serta pelajar-pelajar praktikal kerana bersama-sama menjayakan majlis yang sungguh indah ini. Tidak lupa juga kepada En. Mohd Farhan selaku ketua unit kulinari yang telah menyediakan juadah berbuka puasa yang terbaik untuk santapan tetamu yang hadir.


Warga Kerja MRS Teluk Intan & MRS Seri Iskandar

Pelajar-pelajar Latihan Industri

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat untuk kita semua dan diberkati oleh Allah S.W.T. Akhir kata, terimalah nukilan ini :

" Pengembaraan tanpa bekalan merupakan tradisi pelarian. Kita bukan pelarian yang terpaksa keluar dari tanah sendiri sebaliknya kita yang suka rela ingin merebut segala keistimewaan yang di janjikan sepanjang Ramadhan "
                                                                              
                                                                         (Pesan Hati Untuk Hati : karya Pahrol Mohamad Juoi)